Nasi Yang Istimewa Di Malaysia


Assalamualaikum, fadhilah disini. Nak tahu apa tu nasi yang istimewa di Malaysia? Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang ini untuk belajar lebih lagi tentang makanan yang ada di Malaysia. Mungkin ramai yang dah tahu tapi masih ramai lagi yang tak tahu resepi dan cara memasak makanan yang istimewa ini kan? Jom kita jelajah nasi apakah itu dan resepinya!

Antara Nasi Yang Istimewa Di Malaysia ialah :

1. NASI KERABU




Tahu tak Nasi Kerabu ni berasal daripada negeri mana? Nasi Kerabu ni berasal daripada negeri Kelantan. Meskipun begitu nasi jenis ini amat digemari ramai. Yup, cara memasaknya agak susah dan tak ramai yang rajin nak masak makanan seperti ini kerana ia memerlukan banyak bahan-bahan sampingan. Namun tiada usaha yang tidak berbaloi kerana nasi kerabu ni sedap sangat.

Saya juga antara peminat tegar nasi kerabu. Saya tak pandai memasak tapi saya berjanji yang satu hari nanti saya juga akan mahir untuk memasak nasi kerabu kegemaran saya ni. Aaamiin.

Resepi? Jom kita telusuri cara-cara memasak nasi kerabu.
Resepi Nasi Kerabu Kelantan



2. NASI DAGANG




Waaaahhh, sedapnya~ Okay, quiz lagi. Tahu tak Nasi Dagang ni berasal daripada negeri mana? Ramai yang berdebat sama ada nasi ini berasal daripada negeri Terengganu ataupun Kelantan tapi itu semua tak penting. Yang paling penting ialah bertapa hebatnya populariti nasi ini dikalangan rakyat tempatan.

Menu popular yang selalu ada dalam majlis-majlis keraian terutamanya masyarakat melayu. Ada juga kaum cina dan india yang turut mengemari nasi jenis ni. Applause!! Hehehe..

Nak resepi? Jom baca ni.
Resepi Nasi Dagang Terengganu


3. NASI AMBENG



Setiap petang selasa, akan ada pasar tani dibuka di kawasan berdekatan rumah saya.
Tiap kali umi saya bertanya "Nak pesan apa-apa tak? Umi nak pergi pasar tani ni."
Saya akan menjawap "Kalau ada nasi ambeng, belikan tau."
dan ayah saya akan mencelah "Setiap kali hari selasa, mesti nasi ambeng. Tak jemu ke?"

Saya hanya membalas dengan senyuman. Apa boleh buat? Kalau saya terlepas pasar tani hari selasa, tak akan ada tempat lain yang menjual Nasi Ambeng di Selangor ni. Begitu terhadnya nasi ambeng kerana cara menyediakannya yang mungkin agak meremehkan. Tengok la bertapa banyaknya "side dishes" dia. Hahahahaha. Walaupun harga sebungkus mencecah hampir RM6 hingga RM7 namun bagi saya itu sangat berbaloi.
Terbaoekk laa! 😍

Resepi? Jom kita lihat macam mana proses membuat nasi ni.
Resepi Mudah Nasi Ambeng

Dan banyak lagi.. Jangan berhenti cari info tentang apa yang kita makan. Pastikan ia halal dan selamat dimakan. In Sya Allah, Allah akan lindungi kita daripada sebarang penyakit yang  berbahaya.

End

Comments